Masjid Kg. Keruak, Hulu Besut, Besut

Pada tahun 1947, penduduk kampung yang diketuai oleh Awang bin Tumpang bergotong- royong membina sebuah bangunan yang berdindingkan kulit kayu dan beratapkan daun cucuh.

Pada tahun 1963, Ketua Kampung En. Mohd Nor bin Abdul Rahman juga bergotong-royong bersama penduduk memindahkan masjid di tapak baru berhampiran jalan raya. Masjid ini masih di Kampung Keruak yang terletak di atas tanah kerajaan.

Masjid terakhir dibina pada tahun 1966, berukuran 30'x22' hanya dapat menampung 80 orang ahli jemaah sahaja. Pada tahun 1980, masjid ini dipindahkan ke tapak baru tanah kerajaan di Kampung Belaoh seluas 1 ekar. Nama Masjid Keruak masih diguna walaupun dipindahkan ke Kampung Belaoh.

Masjid ini diperbuat daripada kayu dan dibiayai oleh kerajaan sepenuhnya bernilai RM 300,000.00. Tapak asal masjid ini dijadikan tanah perkuburan. Masjid ini boleh menampung 100 orang jemaah. Pada tahun 1993, buat kali keempat, masjid ini dipindahkan ketapak baru di Kampung Belaoh di Lot 2106 seluas 5701 M dibina sepenuhnya oleh kerajaan. Kapasiti masjid ini adalah seramai 300 orang ahli jemaah.

Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Amar Diraja Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu pada Jumaat 26 Jun 1998 bersamaan 2 Rabiulawal 1419



Info dari: emasjid.terengganu.gov.my .

Borang Infaq

RM
+60
RM
powered by